Monday, April 28, 2014

Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air di Selangor

Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya
 

SIARAN SEGERA
28 APRIL 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat pada ketika ini masih lagi berjalan seperti biasa.

Semasa kenyataan media ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah dimaklumkan bahawa penurunan hujan dan penambahan air mentah di sungai utama telah membolehkan loji-loji rawatan air yang berkenaan menambahkan pengeluaran air terawat. Antara wilayah-wilayah yang menerima bekalan air tambahan ini adalah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor & Kuala Selangor. Sehubungan itu, bekalan air tambahan ini telah disalurkan oleh pihak SYABAS ke beberapa kawasan yang terlibat dengan catuan bagi mengurangkan kesulitan pengguna. Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan tetapi masih menerima bekalan air di premis mereka. Namun begitu, situasi ini adalah bersifat sementara. Oleh yang demikian, para pengguna di kawasan terlibat diminta untuk terus berjimat cermat, mengurangkan penggunaan air masing-masing dan sentiasa bersedia untuk menghadapi catuan bekalan air dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Dalam keadaan catuan bekalan air masih dilaksanakan, para pengguna perlu  menggunakan bekalan air secara minimum dan berjimat-cermat. Pengguna perlu  mengelakkan penggunaan air untuk tujuan yang kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci halaman rumah, mencuci longkang, mengisi kolam renang dan menyiram pokok bunga buat sementara waktu.

Dalam masa yang sama, pihak SYABAS sekali lagi ingin meminta para pengguna yang masih ragu dan keliru terhadap pelan catuan bekalan air ini agar melayari laman web SYABAS (www.syabas.com.my) untuk mendapatkan maklumat berkaitan yang lengkap seperti kawasan yang terlibat dengan catuan, jadual catuan harian dan lain-lain polisi berkenaan catuan. Pihak SYABAS juga menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan pelan catuan secara harian melalui media massa dan juga laman web SYABAS, laman sosial FB dan Twitter SYABAS. Selain dari itu, perkongsian maklumat dengan ketua-ketua penduduk, pemimpin masyarkat, wakil-wakil syarikat dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenai maklumat yang sama dan lain-lain maklumat yang berkaitan sentiasa dilakukan oleh pihak SYABAS.

- tamat -

PRISCILLA ALFRED DHARAN
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung  bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL <jarak> aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.



MAKLUMAT TAMBAHAN

1.      PELAN CATUAN BEKALAN AIR

    Pelan Catuan
    Punca Catuan
    Kawasan Terlibat
    Tarikh Mula
    Tarikh Tamat
    Peringkat Pertama
    Penutupan LRA Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi  kerana pencemaran ammonia di dalam Sungai Langat
    Beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
    27 Feb. 2014
    30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
    Peringkat Ketiga
    Pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor (500 JLH) dan empangan Klang Gates (30 JLH) oleh Kerajaan Negeri Selangor disebabkan paras simpanan air mentah yang rendah di kedua-dua empangan.

    Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor
    10 Mac 2014
    30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN
    Peringkat Keempat
    Jumlah pengurangan pelepasan air mentah dari empangan Sungai Selangor ditingkatkan sebanyak 500 JLH kepada kepada 1,000 JLH.
    Beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat,  Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang
    4 April 2014
    30 April 2014 atau ke satu tarikh yang diputuskan kelak oleh Kerajaan Negeri Selangor dan SPAN

    2.       KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA SEMASA CATUAN BEKALAN AIR
      • Menggunakan air dengan berjimat cermat
      • Ditegah dari melakukan aktiviti-aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakan sistem paip agihan kerana perbuatan ini akan mengakibatkan pembaziran dan kehilangan/kekurangan lebih banyak bekalan air serta menyebabkan masalah kekurangan bekalan air bertambah teruk. Perbuatan sebegini adalah satu kesalahan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi.
      • Badan Pengurus Bangunan (JMB) bagi kediaman bertingkat seperti flat dan kondominium diminta mengawal paras kolam simpanan masing-masing sehinga mencapai paras yang stabil sebelum melepaskan air kepada penduduk. Ini bagi membantu penduduk di kawasan yang dijadualkan mendapat air menerima bekalan dalam tempoh yang dijadualkan.
      • Para pengguna disarankan memperingatkan sesama jiran tetangga tentang penjimatan air dan mengelakkan pembaziran.


      INFO MENARIK :-


      Situasi Pesara ketika Bersara masa kini

      Inginkan mendapat duit persaraan yang BANYAK? Adakah anda tahu Kesan INFLASI boleh mengecilkan WANG anda? JAWAPANNYA : Mulakan menyimpan dari SEKARANG..

      Dengan SIMPANAN serendah RM 10 SEHARI mampu menjana PENDAPATAN sebanyak RM 1,066,464.00 dalam tempoh 30 TAHUN.

      Berminat boleh hubungi saya : HAFIZ YUSOF 017 2768254

      Sunday, April 27, 2014

      (TAKZIAH) Pelakon Veteran Sidek Hussein Meninggal Dunia

      Penyakit jantung adalah PEMBUNUH NO 1 Di Dunia manakala KANSER adalah Pembunuh NO 2 di DUNIA. Malam tadi , kita dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran Sidek Hussain yang seringkali menghiasi drama drama di televisyen mahupun filem. Beliau meninngal dunia akibat kanser pada tahap 4.

      Sidek Hussein ketika di HKL

      Beliau dimasukkan di HKL pada 30 mac lalu selepas pengsan ketika membeli barang di Kuala Lumpur. Doktor sahkan ketumbuhan yang sedia ada pada pipinya adalah sejenis kanser. Marilah sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan mendoakan beliau ditempatkan di golongan orang yang beriman. InsyaAllah.

      Info bermanafaat untuk dikongsikan :
      * Admin amat menggalakkan setiap rakyat malaysia supaya mencegah kanser dengan mengamalkan pemakanan yang sihat juga berhenti daripada merokok kerana merokok adalah salah satu penyebab terjadinya kanser.
      * Rajin rajinkanlah kita ke klinik kesihatan yang terdekat untuk buat ujian kesihatan untuk pastikan kita tidak dijangkiti kanser. Kanser mempunyai 4 tahap di mana kalau kita sempat detect tahap kanser kita InysaAllah masih ada masa untuk mengubatinya.
      * Sekarang ni klinik klinik kesihatan giat memberikan ujian kesihatan Pap Smear kepada wanita. Free kan masa untuk pergi sebab jika buat di klinik swasta termatlah mahal.

      * Masih belum terlambat untuk mengambil Pelan Takaful untuk diri sendiri. Paling digalakkan mengambil perlindungan dari segi kematian dan 36 penyakit berbahaya. Dengan hanya RM200 sahaja sebulan diri anda akan dilindungi oleh Pihak Takaful. Boleh contact saya untuk pertanyaan lanjut. 
      HAFIZ YUSOF 017 2768254.

      Passion to be a Master Trainer

      YES!!!YES!!!YES ..After i came back from TRAIN THE TRAINER by Dr Lawrence, i applied all the knowledge to Elite Agency. Honestly, i learned a lot from there. Before i join TTT, i can see my class little bit Bored and there is no input and output learning and after TTT, there is a lot of activities and games in my class. Surely makes the environment full of Energy. 

      Skill Class om 19th April 2014

         
      Skill Class on 26 April 2014

       As you can see from the picture, i handle a lot of game such as interview games and mind games. I also include role play so that i will know whether my participants are really understand or not. All the courses and training in Elite Agency is all provided and honestly it is free. So if you want to have a new knowledge about Financial Planning, come join us in CWA because this is the right company that will make you fabulous and success and it is proven. Call me HAFIZ YUSOF 017 2768254.

      Ciri-ciri Orang Berjaya

      Semua manusia di muka bumi ini amat mengimpikan kejayaan, tetapi adakah mereka benar benar inginkan kejayaan? Kejayaan boleh dicapai sekiranya kita sentiasa berdoa dan bertawakal juga berusaha untuk mendapatkannya. Kejayaan terdapat dua bentuk samaada kejayaan di dunia dan kejayaan di Akhirat. Cuma kejayaan yang benar benar abadi ialah kejayaan di Akhirat kerana Dunia ini hanya perhiasan sahaja. Mari sama sama kita menempa kejayaan.