| Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya | |||||||||||||||||||||
SIARAN SEGERA
28 APRIL 2014
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat pada ketika ini masih lagi berjalan seperti biasa.
Semasa kenyataan media ini dikeluarkan, pihak SYABAS telah dimaklumkan bahawa penurunan hujan dan penambahan air mentah di sungai utama telah membolehkan loji-loji rawatan air yang berkenaan menambahkan pengeluaran air terawat. Antara wilayah-wilayah yang menerima bekalan air tambahan ini adalah Gombak, Klang, Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Selangor & Kuala Selangor. Sehubungan itu, bekalan air tambahan ini telah disalurkan oleh pihak SYABAS ke beberapa kawasan yang terlibat dengan catuan bagi mengurangkan kesulitan pengguna. Situasi ini telah menyebabkan sesetengah kawasan yang sepatutnya dikenakan catuan tetapi masih menerima bekalan air di premis mereka. Namun begitu, situasi ini adalah bersifat sementara. Oleh yang demikian, para pengguna di kawasan terlibat diminta untuk terus berjimat cermat, mengurangkan penggunaan air masing-masing dan sentiasa bersedia untuk menghadapi catuan bekalan air dilaksanakan seperti yang dijadualkan.
Dalam keadaan catuan bekalan air masih dilaksanakan, para pengguna perlu menggunakan bekalan air secara minimum dan berjimat-cermat. Pengguna perlu mengelakkan penggunaan air untuk tujuan yang kurang kritikal seperti mencuci kenderaan, mencuci premis kediaman, mencuci halaman rumah, mencuci longkang, mengisi kolam renang dan menyiram pokok bunga buat sementara waktu.
Dalam masa yang sama, pihak SYABAS sekali lagi ingin meminta para pengguna yang masih ragu dan keliru terhadap pelan catuan bekalan air ini agar melayari laman web SYABAS (www.syabas.com.my) untuk mendapatkan maklumat berkaitan yang lengkap seperti kawasan yang terlibat dengan catuan, jadual catuan harian dan lain-lain polisi berkenaan catuan. Pihak SYABAS juga menyediakan pengemaskinian maklumat perjalanan pelan catuan secara harian melalui media massa dan juga laman web SYABAS, laman sosial FB dan Twitter SYABAS. Selain dari itu, perkongsian maklumat dengan ketua-ketua penduduk, pemimpin masyarkat, wakil-wakil syarikat dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengenai maklumat yang sama dan lain-lain maklumat yang berkaitan sentiasa dilakukan oleh pihak SYABAS.
- tamat -
PRISCILLA ALFRED DHARAN
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
**Para pengguna di seluruh Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai pertanyaan atau laporan berhubung bekalan air disaran agar menghubungi talian bebas tol (PUSPEL) di talian 1-800-88-5252 yang beroperasi selama 24 jam sehari atau hantarkan SMS ke 39222 dengan menaip PUSPEL <jarak> aduan/pertanyaan>, atau emel ke puspel@syabas.com.my. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web web Twitter dan Facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.
MAKLUMAT TAMBAHAN
1. PELAN CATUAN BEKALAN AIR
2. KERJASAMA DARIPADA PENGGUNA SEMASA CATUAN BEKALAN AIR
INFO MENARIK :-
Situasi Pesara ketika Bersara masa kini
Inginkan mendapat duit persaraan yang BANYAK? Adakah anda tahu Kesan INFLASI boleh mengecilkan WANG anda? JAWAPANNYA : Mulakan menyimpan dari SEKARANG..
Dengan SIMPANAN serendah RM 10 SEHARI mampu menjana PENDAPATAN sebanyak RM 1,066,464.00 dalam tempoh 30 TAHUN.
Berminat boleh hubungi saya : HAFIZ YUSOF 017 2768254
| |||||||||||||||||||||
Monday, April 28, 2014
Status Terkini Pelan Catuan Bekalan Air di Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment