Tuesday, September 9, 2014

Jenis-jenis salam

Assalamualaikum to all..
Disini saya kongsikan jenis jenis salam yang kita wajib ketahui. Antara jenis jenis salam ialah :-


1) Salam sempurna 
-   Yakni salam yang diberi dijawab penuh dan jelas sambil memegang erat tangan yang disalam
    Sambil bertentang mata dan sedikit senyuman.
-   Dikatakan jika salam kita sempurna, gugurlah dosa kedua dua anak adam tersebut.  

2) Salam selepas ucapan
-   Kebanyakannya berlaku di majlis majlis formal dimana pengerusi akan memperkenalkan dahulu 
    Vvip or vip dan kemudiannya baru diucapkan salam.
-   Salam ini jatuh kepada jangan jawab sebabnya segala ucapan didahulukan sedangkan salam jatuh 
    kepada penghulu segala ucapan.

3) Salam main main
-   Salam ni kebiasaannya berlaku di saat situasi mat rempit nak mengorat awek. 
-   Contohnya " salam awak, tak jawab dosa" ..pernah alami situasi ni? 
-   Salam ini tak jawab pun takpe sebab si lelaki mungkin ada niat yang lain..so hati hati ya kaum hawa.

4) Salam selepas tahiyat
-   Salam ni mmg tak payah jawab sebabnya salam selepas tahiyat adalah untuk malaikat2 yang 
    berada di sebelah kanan dan kiri kita.

5) Salam dari orang bukan islam
-   Mesti anda mempunyai kawan kawan yang bukan beragama islam bukan?
-   Adakalanya terlampau rapat sampaikan mereka tahu untuk memberikan salam pada kita.
-   Boleh jawab tetapi hanya ' waalaikum'..

Dan satu benda yang ramai tak tahu ialah tiada ayat 'Taala' dalam salam..haaa..saya pun baru tahu..hehe

Saya kongsikan daripada rancangan pesan atok di tv9 dimana bolehlah sama sama kita menimba ilmu dan menyampaikannya supaya menjadi bekalan kepada kita di dalam kubur kelak dan jika ada kesalahan tegurlah saya ya..Terima kasih.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment